Sunday, July 4, 2010

Pengurusan Stres- Stress Management

MENGURUS STRES SECARA BIJAK

Stres atau tekanan merupakan fenomena yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri, keluarga dan organisasi anda. Apatah lagi persekitaran ekonomi dan sosial yang tidak menentu dewasa ini boleh mendedahkan diri kepada penyakit-penyakit kronik seperti jantong, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Stres mungkin berpunca dari diri anda sendiri, keluarga atau persekitaran yang tidak dapat dikawal.

Ditempat kerja pula, pekerja akan berhadapan dengan stres kerja yang akan membawa kepada penurunan produktiviti dan kulaiti kerja. Disamping pihak maajikan berusaha mengatasi stres ditempat kerja, pekerja juga mesti memainkan peranan utama untuk mengurus stres secara bijak dan berkesan.

Kursus Mengurus Stres Secara Bijak selama dua (2) hari ini akan memberi tumpuan kepada memberi kefahaman tentang konsep dan punca berlaku stres, tanda-tanda stres, kesan daripada stres yang dihadapi, bagaimana mengurus stres diri sendiri serta mengurus stres ditempat kerja.

Kursus dilaksanakan secara inhouse. Pihak yang berminat sila berhubung dengan kami untuk mendapatkan sebut harga yang istimewa. Layari laman web http://www.hrtraining.com.my
atau tel: 03-6188 0618 (Encik Aliff)

No comments:

Post a Comment